Sep 30, 2010

KiSAH DUkA Di Hari RaYa

Arini saya nk smbg balik kisah duka di hari raya....kejadian sedih nie berlaku masa raya ke 2 aritu...sedih sgt...masa ni kandungan saya berusia 1bulan setengah.dktr kata it supposed to be 3 months already based on my last period tp pembesaran baby br menunjukkan ianya berusia sebulan stgh...then starting on 1 sept tu saya dah start ada minor bleeding..mula2 cm skit tp lama2 cm dah banyak plak..so, saya agak risau dan trpksa merujuk kepda dktr pakar sbb dktr saya skrg decided nk buang je baby ni sbb tkt x menjadi katanya...atas dsr perikemanusiaan saya yg hmpir bergelar ibu nie saya agak mrh dgn kptsan dktr tu dan decide nk rujuk kt hospital putrajaya...

Alhamdulillah dktr kata baby saya sht lg tp saya ni ada simptom "threaten miscarriage"..it means possibility saya nk gugur tu sgt tinggi..so saya pon dpt la mc smpi lps raya utk berehat2 tnpa mmbuat sbrg kerja dan dibekalkan dgn "duphaston" = ubt mengawal hormon..then on 7 Sept saya ada appointment lg dgn dktr utk tgk progress baby...alhamdulillah dktr kata ada pembesaran sdkt..gembira sgt2 rasanya...

then esoknya saya pon blk kg Mr Hubby kat Lanchang utk beraya..semua ok lg even still bleeding..then kisah duka saya pon bermula start dr raya pertama...pagi raya tu saya perasan darah yg keluar smkn bnyk..dah mcm drh period..saya dh smkn risau sgt2..tp still berdoa dan berharap baby saya ni x apa2...

then mlm tu saya x sdp bdn trs masuk tido awal..pkl 2 pagi saya terjaga sbb pinggang dan perut saya rasa sengal2..bila saya g toilet tgk drh yg keluar smkn bnyk..trs saya dan mr hubby decided utk ke hospital..smpi je sana trs saya ke wad kecemasan..bila dktr scan kata laluan utk baby keluar msk tertutup lg so dia xleh bt apa2..lg pon keadaan x bahaya sgt dan saya dibenarkan plg..saya dirujuk skali lg ke hospital putrajaya pada esok harinya...then pkl 6 pagi msa saya nk solat subuh perut dan pinggang saya tersangat la sakit.Skali lg saya dan mr hubby ke hospital..perjalanan 30 mnt tu saya rsa berjam-jam lamanya...dgn perut dn pinggang yg dah mcm nk terputus tu hanya Allah je tahu sktnya...

bila dah smpi sana trs saya dicucuk ubat thn sakit dan admitted ke ward..selepas beberapa kali scan saya terasa nk buang air kecil..masa nie la ada segumpal darah beku keluar..saya btl2 terkejut sbb xprnh berdepan dgn situasi mcm nie...bila dktr pakar scan balik dah confirm saya gugur..lps semua selesai (mujurlah saya x kena cuci) saya dah dibenarkan pulang..

hermm...pengalaman ni mmg berharga sbb saya dah rasa perasaan nk bersalin tu mcm mana wlupon itu hanya sedikit dr kesakitan bersalin tu..tp saya rasa sedih sgt atas kehilangan nie..wlupon baby tu msh kecil lg tp perasaan syg tu dah ada..ada kawan2 yg menghulurkan rasa simpati x kurang jugak yg menyalahkan diri saya sbb gugur...sedih sgt2 rasa..bkn saya yg mntk semua bnda ni jadi.dah mmg xde rezeki tuk saya mempunyai anak bt msa nie..tp kdg2 bila saya ddk sorang2 kat umah mula la saya rasa bersalah dgn apa yg terjadi..mgkn btl sbb saya yg x pndai jaga diri smpi saya miscarriage..dah bnyk perancangan yg saya dn mr hubby dah buat utk baby kami nnt..entah la..kdg2 perasaan saya ni bercampur baur..rasa sdh dan terkilan sbb kenapa org lain blh mengandung senang2 tnpa sbrg masalah dan boleh plak buang baby tu mcm tu jer...even mr hubby dah kata ni semua ketentuan Allah dan mungkin ada rezeki lain kali nnt tp ntah la..saya grm dgn manusia yg hnya pndai salahkan saya dgn apa yg terjadi..dia x phm ke perasaan saya ni yg masih berdukacita atas apa yg terjadi..saya x tau nk luahkan pd sapa perasaan nie..selama ni saya pendamkan je..air mata je peneman saya..mgkn org akan kata saya nie mngada2 jer tp juz put yourself in my shoes..rasa bersalah sbb kehilangan sesuatu yg dinantikan, kesunyian dan keseorangan di rumah sbb mr hubby kerja jauh,tiada tmpt utk meluahkan perasaan dan mcm2 lagi...

Saya berharap saya dpt mengharungi semua nie dgn tabah dan saya berharap sgt2 yg saya akan mengandung lg...semoga Allah akan memberikan yg terbaik utk saya...Amin....

Sep 29, 2010

Br NAk UpLoad GamBO KawEn KerrRR????

Salam Aidilfitri bt semua...Maaf Zahir dan Batin....sori sbb lama sgt x update ini belog...bukan apa...kesuntukan masa, idea yg skjp ada skjp xde menyebabkan saya susah bebeno nk bukak nie dan mencoret apa2 di dalamnya...ini pon sbb ramai sgt yg dah perli ckp belog saya ni dah tumbuh sawang labah2 br la saya tergerak hati jiwa dan jantung untuk menaip...huhuhuu...

cerita perihal hari raya ni bnyk suka duka saya utk thn nie...almaklumlah ini first raya saya wif mr hubby...so feel dia tu pon lain skit..dlu msa bujang2 saya ni mls skit nk bgn sahur..senang citer x sahur pon leh posa lg..tp bila dah kawen nie kena la bgn sahur..sian kt mr hubby...lg satu saya tgh pregnant lak..so kena la mkn bg baby sihat..tp....ermmmm....

okies, raya thn nie decide nk raya umah mak mertua dlu...so.pertama kali ja jgk saya x dpt raya pertama ngn famili saya..sadis wooo...huhuhu...so first day raya tu saya asyk kol famili saya jer...huuhuhuhu...nsb baik famili saya raya kt umah nenek thn nie..dkt je la..xyah blk kedah...so we plan raya ke 2 tu nk blk umah nenek jmp famili...bestnya...tp....ermmmm.....

mesti semua dok tertanya2 apa la yg saya dok tp..ermmmm... dr td tu..sbnrnya lps saya hepi2 dpt berita gembira yg saya dah pregnant tu menyusul la plak berita sedih...msa raya ke 2 saya dah keguguran..nnt la saya citer ngn lebih lanjut kisah tu...sedih plak rasa nk citer skrg...

okies...sbnrnya arini saya nk upload gmbr kawen saya..tau2 mst nnt ada yg mrh sbb skrg br nk update...bkn apa,saya xsmpt nk update n saya lak br je dpt soft copy gmbr2 nie..okies..enjoy...


































Aug 11, 2010

Ucapan Salam Ramadhan....

Assalammualaikum,

Kepada rakan-rakan semua salam kemaafan saya pohon sempena ketibaan Ramadan Al-Mubarak tahun ini, semoga kita di berkati Allah SWT dlm menjalani ibadah puasa. Amin.

Sempena tibanya bulan baik Ramadhan tidak lama lagi saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf jika Saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mau pun yang di sengaja, saya ada menyakiti hati di antara anda semua saya ada terlanjur kata bila berbicara dan mohon halalkan makan & minum yg pernah anda berikan kepada saya selama ini dan juga mohon dihalalkan semuanya. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk , diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan:

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad s.a.w apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.

Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Jul 5, 2010

KeHiduPan Di AlAM MaHSyaR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.  

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat : a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

Apr 15, 2010

TEnSeN!!!!!!!!!!!!!!!!

hermmm...kali ni entry post saya berkenaan diri saya yang tensen ini..xtau la naper smnjk dua menjak nie tahap kesabaran saya smkn menipis manakala thp kemarahan saya cepat je nk meletus...tensen ngn hal2 keja yg sgt(10x) bnyk ni cmpr plak ngn hal2 kawen yg x settle lg (especially bab kad kawen) then mslh2 smpingan yang lain mmg buat saya mcm nk heart attack jer..

Saya sbnrnya tensen ngn kad kawen saya yg bnyk sgt problem. Dari hal ayat tunggang langgang, bercampur ngn kad org pnya smpi la ke kad cetak x ckp mmg buat saya migrain...sedangkan x slp saya dah berbuih2 mulut saya inform kt kedai tu spya email kt saya kad yg dah nk dicetak dlu. once saya dh puas hati br print.ini x..suka hati dia jer cetak without my consent.alasan yg derang bg adik saya dh tolong sahkan..kepala hotak dia..yg nak kawen saya ke adik saya..mmg cm hampeh..

then bila dah print ada plak minor error..lg la saya hangen..tp nsb baik slps dipujuk oleh En.Zaidi saya blh cool lg..tup2 adik saya kol bgtau kad cetak x ckp lg 200 keping..ades!!!!mmg kedai kad tu cr nahas...saya smpi dah fed up thp apa dah..smpi satu thp dah mls nk amik tahu..biarkan jer...geram sgt2!!!!!!!!!then kedai tu jnji nk print lg 400 utk tebus kesalahan dia la konon2..tp smpi skrg saya x tau lg apa status kad yg x ckp tu sbb saya dah tensen dn mls amik tahu...moral of da story: buatla kad kawen yg dekat2 dgn tmpt kita stay skrg sbb senang nk rujuk...klu bt kt kg halaman sndiri eventhough murah tp klu service cm hampeh mmg boleh menimbulkan kemarahan...

then, x hbs lg part yg tu saya tensen plak ngn kedai pengntin dkt belah lelaki lak..okies,mula2 mmg nk amik ngn derang tp bila dah mahal thp gaban kami pon pkr la dua tiga kali..mmg dah byr deposit tp kami amik skali mekap..bkn pakej baju sajer..then bila saya survey kt tmpt lain lg murah saya kol la derang ckp nk kensel yg pakej baju tu tp proceed ngn mekap.tup2 nk hangen ckp x boleh..bkn x blh kensel tp x boleh amik mekap saje.kna amik baju skali.konpius lak saya.sblm ni ckp lain...bkn saya x byr..dah byr hbs kot utk mekap tu..juz kensel baju jer..ssh sgt ker..sbb saya tau derang xkan plgkan deposit tu sbb tu saya proceed gak ngn mekap..tp dah la ckp kerek gila,,pastuh sesuka hati bg keputusan utk pihak kita.org x ckp apa lg dia dah decide mcm2...adess...tensen tol bab2 kawen nie!!!!!!!!

hermm..kdg2 saya xphm cmner la org2 lain especially artis2 tu blh je cerai berai eventhough br je kawen..xlth ke yek msa bt preparation kawen dlu..hbs tenaga,masa,duit..xphm tol saya..tp biasa la,nama pon artis..e/thing wed planner yg handle..kuar duit jer..hermmm..xyah pening2 paler tensen2 cm saya nie...tp mujurlah saya ada adik2 dan mak yg sgp bantu saya kurangkan beban nie..especially my sis ateh yg sgp thn telinga dgr saya bebel.ke hulu ke hilir settlekan hal saya, bersengkang mata prepare for da invitation card n door gift dan mcm2 lg la...nnt k.ila bg upah yek...hihihihi....

pnjg plak saya membebel kt entry tensen nie...ok,nnt klu hal2 tensen yg lain saya update lg..kepada follower dn reader yg bc belog saya nie,korang semua kena dgr la saya bebel2 psl tensen ni utk 2 ke 3 post smpi hal2 kawen saya selesai..thanx !!!!!!!

Mar 18, 2010

SaYa SUkA KuRSuS...Yeay!!!!!

okies...saya orgnya mmg xsuka pegi kursus sbb saya rasa msa tu hidup saya sgt kelam kabut...kena mkn cepat2,siap laju2,tido xckp 6 jam (smnjk keja saya kena tido 6 jam br puas hati..wakakaka-mcm hampeh)..

then xperience saya g kursus induksi masa lapor diri utk PTD dlu mmg membuatkan saya btl2 xsukakan kursus..kena lanyak ngn secretariat, kn bt physical xtvt (bdn lak x fit sbb dah lama x jog), kena dera bg tido lmbt pastuh kena bgn awal2 pagi...huhuhhu...xsuka!xsuka!xsuka!!!!!!

tetapi...jeng..jeng..jeng...bila saya kena pegi next course dlm perkhidmatan saya ni (jwtn saya ni mmg akan menyebbkan saya pegi kursus dgn bnyk skali) saya dah mula x tentu arah..mula la nitemare kursus yg dlu dtg balik..hari2 saya g joging nk bg bdn fit la konon sbb tkt kena lanyak lg..hahahah

rupa2nya saya silap sbb kursus yg saya pegi ni sgt sgt sgt best (read: 3x saya ulng word sgt sbb mmg best)..schedule yg xpack mcm dlu, incik2 dan puan2 faci yg baik (ada incik faci yg sgt hensem...huhuhu), kwn2 yg best sbb dh kenal msg2...

then plg best ada community service (buka sini utk more pict: kgmasjidsgpasir.blogspot.com) ngn persembahan group utk mlm penutup....hahahha..sgt lawak dan enjoy...okies, juz enjoy da picture (tp xbnyk sgt sbb ni je yg smpt snap..nk tgk bnyk2 kn g tgk kt FB saya:tu pon hasnah pnya gambo..credit to Hasnah)....

okies...jgn gelak...ni gmbr saya masa mlm persembahan..group saya bt Dancerobik" mlm tu..sgt2 malu dowh sbb saya x pndai menari tp kena menari..tp yg penting x mcm robot mcm sepul menari...hahahahah...


okies..ni group saya..group 4 yg sgt best...suppose ada 9 org tp tgl 5 jer sbb lg 4 dah balik..xsmpt amik gmbr...yg tgh2 tu ketua kmpulan kitaorg...

tgh tg turn utk mjls penutup dn amik sijil kursus..me wif rosni...

ni plak geng yg best..mostly geng2 KDN except Waheeda from KSM..tpt ttp geng gak..

ehem..ehem..wif en.shahrul amri yg hensem,..hensem kan???baik ckp hensem!!!sgt hensem kot...hahahah...

ni plak si Leen yg xsenang tgk saya senang..suka kcau klu saya nk amik gmbo pose ayu2 gitu..tp leen jgk la yg amik gmbr saya ngn incik faci yg hensem...hahhaha..thanx leen...

xsabo plak nk g next course..nk kecoh2 lg...sgt2 best...skrg saya dah suka pergi kursus!!!waaahhh..fila...semakin pelik dirimu skrg..

Mar 1, 2010

Hermmm..DaH BerTUnAnG RupaNYA

Okies...saya dah kena tegur ngn kengkawan sbb dah mls nk hapdet blog ini..huhuhu..bkn xnak apdet tp tahap kebizian saya sgt la super duper bz so xsmpt lgsg nk apdet..okay,so sbb dah janji kali nie saya nk apdet psl kejadian saya bertunang aritu..hahaha...

okies...28.11.2009 tepat kol 2 petang saya dah pon jd tunangan En.Zaidi..ihik..ihik..cam malu lak :)...actually event ni berlangsung sehari selepas raya haji..so adik2 ngn mak sgt la sbk ngn persiapan2 semuanya sbb saya hanya dpt balik kamis mlm tu sajer sbb masa tu tgh tggu posting kt JPN (xleh amik cuti lg masa tu sbb br masuk)..tima kasih to mak dan adik2..luv u all..mmmuahhh...

plan bt kenduri kecik2 je tp biasalah, mak selaku peniaga nasik lemak yg fames kt tmn kenari tu xblh klu xjmpt semua regular customer dia..so jemputan telah bertambah dan mak terpaksa msk nasik dan lauk extra...kuikuikui

okies..rombongan En.Zaidi br tiba masa nie..kelihatan di dalam gambar kakak dan adik2 En.Zaidi..
saya sedang berdebar2 di dalam bilik smbl dok intai2 En.zaidi..ahaxx..gataii noo...

Hantaran dari pihak saya..semuanya 5 balas 7..tp last2 minute ada la jiran2 bg lg so 5 berbalas xterkira...hihihi

nie gambo pelamin masa br siap mlm tu..hasil kerja tangan atih,anis,suhada dan ikah..thanx my beloved sisters....

Pose lu jap ngn adik2 smntara org dok bincang2 kt luar tu..hikhihkik..bg hilang nerves la kunun..
okies..degupan jantung semakin kencang msa ni..part sarung cincin..kena control ayu skit..hikhikhik

ehem..ehem..dah sah jd tunang org nie..cium tgn bakal mak mertua dulu sat..walawehh...ceewahh..

ngn En.Zaidi yg konpius sbb jap jer bincang dia dah kena pgl makan..hahahaha.."btol ke dah hbs diskus?"tnya En.zaidi...kenape..xpercaye ke??hahaha
Jiran2 terdekat merangkap kawan2 mak yg memeriahkan majlis..siap mkn kt umah atih lg sbb xckp tempat..dah penuh..(xsia2 mak buat pintu doraemon utk tembus umah atih..berguna la jgk)hahahah...

dah penuh gila kt umah saya ngn rombongan dr En.Zaidi..sgt pack...
ngan adik2 lg kt pelamin lak..masa ni rombongan En.Zaidi dah blik..hihihhi

wif my best buddy (BFF), tasya n shad yg sudi dtg..sian korang x smpt mkn dh nk blik..shad plak tiba2 jd bidan terjun utk teman saya kt pelamin masa ngah sarung cincin..thanx gal..luv u both so muchhh...

okies..itu la saja rentetan peristiwa saya tunang aritu..biasa2 jer..bt majlis ringkas..I.Allah 6.6.2010 ni kenduri umah saya..once kad dah siap saya akan distribute pada kengkawan semua...pray for my happiness yaa frenz..

Jan 11, 2010

dah lama x update kan???

dah lama x update kan..tau..tau..bz skit skrg nie..mmg bz...pastuh bila dh tkr tmpt keja ni,internet limited jer..xleh bukak website suka2 hati..FB pon xleh bukak..huhuhu..

okies..apa prkmbngan terbaru saya skrg?hihihi...saya dah keja kt tmpt baru..kat Jabatan Pendaftaran Negara...ala..kt tmpt org bt ic tu..tau x?haaa....pndai pon..tp saya x handle bahagian ic2 nie...saya in charge bahagian dasar...dasar tu apa?ala...dasar tu mcm cikedis tu...hahahha..xde la...dasar tu yg buat polisi2,soal jwb parlimen,meeting2 pengarah dn mcm2 lg..tp saya x bt bnda tu..hbs tu bt apa lak?x phm btol..hahahha..saya kt unit kualiti...so saya kena bt laporan thnan jbtn,buletin,buku kualiti, dn apa2 event yg melibatkan kualiti JPN...senang x?ala...x tau la nk ckp...mcm ssh gak..xde idea kdg2 tu..kena berangan2 dlu br dpt idea...

ermmm..k,lah nnt saya update lg...cite psl saya dh tunang lak...okies...daaaa....