Aug 25, 2011

LaGi enTry PasaL MakaN



Okies..ni yg da latest bukak posa ramai2 makan..seperti biasa group 5 sekawan yg diketuai oleh saya sendiri dan 4 orang bebudak iaitu kikin, iem, nadia n rasyid yg menghavockan keadaan..kali ni makan kt kedai Sup Urat Keting, Bangi..

Sebenarnya dah lama dh teringin nk mkn sup nie..sekali kikin plan ajak berbuka kt cni..apa lg,trs on..makanan mmg superb..ada sate lg..terbaekk...tp saya mkn 1 cucuk je ssb dh full gila2 dh perut..kikin je mampu mkn lebih..hahaha..x padan ngn kecik..


Sup campur n sup keting+ekor, ikan pari n talapia bakar,kailan ikan masin dan telur dadar...superb..sekali lg heaven...


kelihatan tangan iem dah x sabar2 nk mkn dok kacau2 sup tu kekunun nk bagi serasi..hikhikhik...

Makanan mmg berbaloi la..sedap sgt2..mmg puas hati..tiba2 terliur trgt2 sup ekor...yummmyyy....

Aug 24, 2011

Little Pantry..nice!!!

Okies..entry yg nie lak makan berbuka kat Little Pantry, IOI Mall, Puchong ngn mmbr2 umah zaman bujang dedolu..sapa lg klu bukan Asai, K.miha n Bobot...last minute br decide nk mkn kt cni...jom layan gambar..


Makan kt cni mmg best sbb kedai ni kiut miut jer..waitress dia pon cumel2 je pakai uniform tu..aritu kitaorg mkn buffet..RM30 sorang..sedap n selesa..nyum..nyum..lg sedap sbb bobot belanja...hikhikhik..



Sibuk bobot nk amik gmbr x habis2...



K.miha n cupcake warna warninya...(siap esoknya saya bwk g opis lg mkn ngn staff...oppss, kantoi x puasa)


asai dn mimik mulutnya mmg xleh nk dipisahkan..hikhikhik..sori yer laling...



cupcake warna warni yg sedap...


see..bobot x habis2 ngn kamera...


tis is mine..sedap sgt...

Tapak Sulaiman..nyum..nyum...

Arini x nak citer banyak..Selalu bukak blog orang lain asyik citer pasal makan2 jer..arini saya lak nk citer bab makan...

Disebabkan saya ni berjauhan ngn Mr.Hubby, so berbuka puasa bersama-sama kawan opis adalah pilihan yg bagus kerana klu x nescaya akan berbuka puasa sambil ada feeling2 sayu sebatang kara kt dunia..jadi azan pkl 7.28, pkl 7.35 dh siap mkn sbb sedih mkn sorang2...so, pantang je mmbr2 or bebudak opis ni ajak berbuka kt luar laju je saya setuju...

ni gambar masa posa ke 9...nama kedai ni Tapak Sulaiman..mknan mmg heaven klu suka makanan kampung..feeling ala kampung gitew..kedai ni mmg agak tersorok dan x besar pon..tp makanan mmg x leh celen la..terbaek!!!!!!!


Ni gmbr dari luar kedai tu..mula2 cm takut salah..so srh bebudak ni g tanya..rupa2nya betol ni Kedai tapak Sulaiman...hikhikhik


Kat cni mkn pelik skit..kita mkn apa yg tuan kedai tu masak..so xleh demand2 nk sup ke tomyam ke bagai..aritu kitaorg mkn udang galah masak lemak cili api, tempe gorang kentang, ayam msk kicap, sayur cmpur, ikan masin, ulam dan sambal belacan melaka..mmg masyuk..baru RM10 sorang..heaven..


Ni salah seekor udang yg telah menjadi santapan kitaorg aritu..bnyk gila2 udang eventhough yg makan 5 org jer...


Finally, huru hara meja makan setelah kekenyangan...

Aug 23, 2011

Maafkan ibu, nak.

Salam Ramadhan...dah lama rasanya x update blog...bukan apanya,skrg ni kt opis tgh sibuk sesangat..persediaan utk Star Rating la, meeting panel inovasi la, 5S la, KIK lg mmg x sempat nk bukak blog nie..mmg bnyk bnda nk update especially bab makan2 buka posa ramai2 ngn mmber..tp lain kali la yek br update..

arini saya nk kongsi sikit pasal penderitaan rakyat Somalia yg x pernah berkesudahan..rasanya dari zaman saya kecik2 lg saya dh mendengar cerita ttg rakyat Somalia nie..senang citer kalau cakap psl kebuluran mmg org akan kaitkan dgn Somalia..

Tapi tahukan korang semua bahawasanya 99% rakyat Somalia adalah beragama ISLAM..mereka ini mmg wajib kita tolong..kadang2 menitik air mata saya bila baca penderitaan mereka ini dari blog Madam Martinelli..lecturer UIA yang berkhidmat utk CENSERVE..satu badan di UIA yang bertanggungjawab mengenai social responsibility..

Ini sedikit kisah yang saya amik dari blog beliau utk renungan bersama:


Maafkan ibu, nak.













Wardo Mohamud Yusuf, seorang ibu,
berjalan kaki selama 2 minggu dari kampungnya di pedalaman Somalia menuju Dabaab untuk mencari tempat perlindungan dari kemarau yang semakin mencengkam. Anak perempuannya berumur 2 tahun didokong di belakang dan anak lelaki berumur 4 tahun dipimpin berjalan.

Apalah daya yang ada pada si kecil ini untuk berjalan berpuluh batu di tengah padang pasir. Perjalanan yang bukan saja panas tetapi juga berdepan dengan ribut pasir, perompak dan binatang buas. Badannya semakin lemah. Tiba-tiba dia rebah tidak sedarkan diri.. Wardo memberikan beberapa titik air yang masih tinggal kepada anaknya. Namun si kecil tidak lagi mampu menelan titisan air itu. Wardo meminta bantuan dari keluarga lain yang bersama dalam rombongannya. Tidak siapa berani memberikan air masing-masing kerana mereka juga perlu menyelamatkan diri dari kebuluran.

Rombongan meneruskan perjalanan. Wardo tidak mampu lagi membawa anaknya yang sudah terlalu lemah itu lalu meletakkan saja anaknya di pasir. Anak itu terpaksa ditingggalkan di tengah padang pasir panas itu demi menyelamatkan anak kecilnya yang seorang lagi. Dengan linangan air mata Warda berserah kepada Allah untuk apa saja yang akan ditakdirkan terhadap anaknya. Dia yakin kalau nyawa anaknya diambil Allah, tempat anaknya adalah lebih baik di sana.

Faduma Sakow Abdullahi, seorang janda beurusia 29 tahun membawa bayinya dan 4 orang anak lain yang berusia 2, 3, 4 dan 5 tahun berjalan kaki ke Dadaab pusat perlindungan terbesar di dunia itu. Sehari sebelum sampai di Dadaab, anak sulung dan anak kedua sakit tenat. Kedua-dua anak itu tidak mampu lagi bangun selepas berhenti rehat. Air bekalan yang dibawa sudah hampir habis.


Sebagaimana Wardo, Faduma terpaksa mengambil keputusan yang menghiris hati setiap ibu, iaitu meninggalkan anak yang sedang kesakitan di tengah padang pasir. Sambil mendokong bayi dan memimpin anak lain, Faduma mengheret kaki yang sudah lemah bersama airmata yang hanya Allah memahami.

Beberapa kali Faduma pergi dan balik selepas beberapa langkah sebab tidak sanggup meninggalkan si anak begitu saja. Tetapi demi menyelamatkan 3 orang anak yang masih kecil, dia akhirnya meneruskan perjalanan dengan meninggalkan kedua anaknya di bawah sebatang pokok. Kalau ditunggu lebih lama, anak-anak yang lain juga akan mati. Biarlah Allah menentukan nasib anak-anaknya.


Hatinya hanya mampu berbisik,"Maafkan ibu, anak-anakku. Ibu serahkan kamu dalam penjagaan Allah. Ibu tidak mampu menjagamu lagi..."

Wardo dan Faduma adalah di antara ribuan ibu yang berperang dengan perasaan bersalah di khemah pelarian. Mereka akan meraung tiba-tiba, apabila teringat anak yang mereka tinggalkan terutama apabila melihat kanak-kanak lain yang sebaya dengan anak mereka.


Bersama-samalah kita berdoa agar penderitaan rakyat Somalia ini berakhir dan perang saudara yang sengaja dicetuskan oleh orang kafir ditamatkan..amin..


Sumber rujukan:
http://blogs.iium.edu.my/martinelli/

Aug 9, 2011

Jalan-jalan Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat
sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang



p/s: renung-renungkan dan selamat beramal di bulan mulia ini...amin....

Jul 26, 2011

"GiveAway EdY : still beauty"...



cerklik banner atas nie nengok apa yg kuar....

Sesapa suka Angry Bird cecuba angkat tangan cam teman...oleh sbb skrg ni tgh addicted ngn Angry Bird smpi minit mesyuarat pon x siap2 lg, teman pon lompat2 seronok bila Edy nak bg patung Angry Bird nie..hwa..hwa...leh peluk2 smbl main Angry Bird nnt..hikhikhik..

Edy ni ada 2 blog yg best..klu xcaya certengok sini
Klu nk tgk tmpt2 menarik & tips2 berguna leh tgk sini plak

Nak tgk hadiah dia x? cecuba scroll bwh skit.....



Tempat pertama : 2 x Patung Angry Bird





Tempat kedua : 3 x Handphone Stand Angry Bird





Tempat ketiga : 5 x Patung Comel dari Australia




Amacam suka x?Apa lg join la contest nie..mudah jer syarat2 penyertaan dia..So skrg ni teman nk tag adik teman srh join...Cik Puteh..klu menang leh bg anak dia main..hikhikhik..
kena cepat2 sebab tarikh tutup penyertaan pada 11.59 malam, 7 Ogos 2011

p/s: Mr Edy...harap2 dapat ler hadiah no 1 bt peluk2 smbl main game Angry Bird yek...hikhikhik

Jun 20, 2011

PerHatian Bapa-BApA SeMuA

Yer smlm hari Bapa tp arini br nk update..besalah..saya suka update2 citer yg dah nk basi (ayat2 cover)...ehem..

So, citer pnjg xnak juz nk wish Hepi father's Day to my dad n mr. Hubby..

Saya jarang sgt update psl abah saya dlm blog nie kan..bukan apa..masa kecik2 dulu mmg rapat ngn abah..tp bila meningkat dewasa ni lebih rapat ngn mak..lantas di tambah pula dgn kesibukan abah so agak jarang2 skali berhubung dgn abah..but, he's still my father rite..

then, untuk mr hubby walaupon belum berkesempatan untuk bergelar bapa lg hepi father's day to u too..i luv the words u said yesterday masa i wish selamat hari bapa tu then u reply "bapa-to-be"..I.Allah mntk2 masin mulut u tu...hikhikhik..amin..luv u...

So, utk bapa2, abah, papa2, daddy2, walid2, apak di seluruh dunia Hepi Father's day to all of you!!!

Jun 16, 2011

sAYA sANGAT MaraH

Okies, citer nie maybe agak lapuk skit sbb happened on Tuesday tp arini br nk update..
Ari Selasa aritu seperti biasa pegi kerja agak awal dr biasa akibat sakit perut di awal pagi lantas mata pon sudah hilang fungsi ngntuknya...

kalau dah kuar awal off kos saya akan memandu dalam kelajuan yg normal iaitu berada di lorong tengah..perjalanan agak smooth smbl menghirup udara segar (apa kejadahnya hirup udara segar klu pasang ekon ttp tingkap??)..For u'olls info nk g opis i nie melalui LDP ada 2 selekoh..1 selekoh yg tumpul skit bahayanya tp yg lg 1 mmg tajam dan marabahaya yg selalu eksiden bila time hujan dan juga x hujan sbb ada slopes kt selekoh tu ...

Kebetulan lak masa kt selekoh marabahaya tu depan saya ada seorang mamat yg tgh amik angin smbl bwk moto..memandangkan waktu br pkl 7.35 so saya mls arr nk potong..follow slow2 sudah smbl memandang cermin belakang kot2 ada org angin lak kt saya...dr jauh belah kanan nmpk sebiji Lancer kaler merah (ini memamg keta idaman gua) tgh laju gila..buat bodoh je la..tp plg sakit hati masa nak amik corner tu dia boleh lak terbabas masuk lorong saya dan hmpr2 menghentam sisi si hitamku...dah x tentu arah saya dibuatnya trs tekan brek emergency smbl menjerit memaki hamun dalam keta dan tekan hon lama2..mmg siyot la keta tu..kat belakang si hitamku lak ada hilux yg dok follow rapat dr td..ngn hilux tu jgk terbabas..si lancer merah bt bodoh jer meneruskan perjalanan meningalkan si hitamku dan si hilux yg dah terbabas nie..ko mmg cm harem...

Mula la tgn nie sejuk2 cm nak demam sbb terkejut tmbh lak jntung berdegup kencang dan nk nangis..mmg pagi2 lg saya dh sumpah seranah org..nasib ko la lancer..dh mcm2 aku carut kat ko tmbh doa2 spya ko lak terbabas kt depan tu...smpi opis ddk kt meja terdiam bodo kejap kesan terkejut yg amat ketara..e/though dah 2 hari berlaku tp tiap2 hari saya dok tg lancer merah tu lalu lg..geram sgt2..(tp mcm la brani sgt nk buat apa2 yerk..hihihi)

p/s: driver lancer merah plat num WTL **** merupakan seorang wanita juga..hermmm..hampeh..

Jun 15, 2011

BerakhiR SudAh DeTik ItU

Perghhh..tajuk x hengat..nak best sajer..tp citer ado...hahahha..sbnrnya xde apa sgt pown..sajer nk gtau yg cuti skolah dah habes..huhuhuhu..so, ari senin aritu bebudak yg pakai baju putih suar/kain warna biru (xkira la biru tua ke muda ke warna hijau ke apa ke) dah start galas beg skolah balik..

apa kena mengenanya skolah ngn saya..ok, secara teknikalnya mmg xde kena mengena tp klu dah laki aku tu cikgu internally mmg kena mengena la..dah la jauh beratus batu kt Johor nun..nsb baik Johor yg dekat2 ngn melaka dah nie..buatnya JayBee x ke haru nk ulang alik tiap2 minggu..

so, secara tdk langsung saya pon terjejas bila skolah buka sbb mr hubby dah balik Johor utk berjumpa anak2 murid kesayangannya tu..hahaha..so, hidup kembali sorang..ddk diam2 x bercakap ngn sapa2..balik keja mandi2, semayang maghrib trs baring atas sofa bc novel sampai nk muntah..berenti jap smyg isyak, gayut2 mcm zaman berchenta dedolu ngn mr hubby pastu lyn tv jap masuk bilik...da same routine everyday...sgt2 boring...

slalu x sabar tgu ari jumaat petang sbb mr hubby balik then sedih balik ahad petang sbb mr hubby dah kena blk johor semula..harap2 mr hubby dapat la bertukar hujung tahun nie..dah lth hdp cmnie..huhuhuhu..

p/s: korang2 xde kabel beso2@sedara@kengkawan ke yg boleh pindahkan laki i nie..hihihihi

kuih raya..

Salam kengkawan semua..arini bnyk bnda nk update...

okies, mula2 pasal kuih raya..sesapa nk order kuih raya leh g tau saya or trs ke website kengkawan saya ini yg menjual kuih raya di sini www.kuihrayaonline.net..kuih mmg sedap dn msyuk serta murah gak...meh order cepat2..nnt lmbt kena tgu raya haji lak br dapat...hikhikhik..(alan,akak tlg promote ni agak2 dapat x almond london ke double choc ke sebalang...ahaxx)..

utk citer seterusnya dkt entry lain yek...

Jun 7, 2011

Review on Nur Kasih the Movie



Last week aritu berkesempatan tgk cerita Nur Kasih wlupun agak dh basi skit sbb citer2 lain dah beratur msk panggung saya ngn mr hubby br dok hegeh2 tgk citer Nur Kasih...

Tp walaupon dah lama kuar panggung ttp penuh bro...nsb baik dpt seat cantik pnya..lgpon satu kelebihan sbb tgk kt tmpt yg x ramai org..(advise: klu ddk Putrajaya lupakan shj nk tgk movie2 br kt Alamanda sbb konfem sntiasa penuh eventhough nk book online)...so,pilihan terbaik adalah IOI Mall or The Mines..

Mula2 tu cm berdebar2 skit sbb saya dgr bnyk komen2 psl citer nie..ada kata best ada kata cam biasa2 jer..best lg drama..tp, cakap bnyk pon x guna la..mmg terbaek gila citer nie..ngn shoot2 yg cantik kt sawah bendang, panorama indah di padang pasir yg menyebabkan saya x sedar yg citer dh nk habis..

Ada bnyk konflik dlm citer nie..bnyk scene2 yg menyebabkan air mata saya nie meleleh tnpa dpt ditahan2..bermula drpd kematian Alyah (isteri Aidil) saya dh sebak2 then masa Nur Amina keguguran mmg masa tu dh x blh thn lg dah..air mata dh mcm hujan turun..sedih sgt2 sbb saya pernah merasai bnda yg sama..then melihat kepada kesungguhan Nur menjaga suaminya walaupun dah kekurangan duit btol2 menyentuh hati saya..Adam lak walaupun dh sakit teruk ttp menunaikan solat berjemaah bersama2 keluarganya..btol2 terharu..senang citer dr mula smpi hbs citer nie saya asyk nangis jer..xtau la mr hubby perasan ke x tp air mata nie laju je kuar xleh kontrol2 lg dah..

So, no words to say except 2 thumbs up..xde lg citer melayu yg islamik mcm nie dn Khabir Bhatia telah mencetuskan fenomena br memecahkan rekod cerita2 seram di pawagam..apa2 pon Nur Kasih mmg terbaek sbb berjaya buat air mata saya mengalir sepanjang 90 minit tayangan...

Jun 3, 2011

PaSiR pUTih TePi paNTAi

Xsangka saya last2 minute bos cairkan cuti setelah kena beku sbb tarikh audit Star rating kitaorg tu dipostponedkan..so apa lg..trs saya n mr hubby plan nk g bercuti smntara ada kelapangan..nsb jgk la cuti sekolah dan dpt plak duit claim+duit kutu..kira murah rezeki skit la bln nie...hihiihhi..nie kira cm 2nd honeymoon la sbb celebrate 1st anniversary kitaorg..hihkhikhik..

So cakap bnyk x pyh..layan je gambo2 kt bwh nie..tp sblm tu lupa nak ckp yg saya g bercuti kat Pulau Kapas@Terengganu nung..bapok ahh jauh...5-6 jam gak la perjalanan..excited gila sbb ini kali ke-2 g terengganu...jom-jom tgk gambar...



Okiess..masa nie berenti rehat jap kat pantai apa ntah nama dia...lupa lak..relax2 lepak jap sbb stress drive lama2 (poyo je citer,bukan saya yg drive tp mr hubby...hihihi)








Then, around 8.00 pm smpi kuala terengganu pusing2 cr hotel..mostly dah penuh..so pusing2 lg smpi jumpa motel desa..mula2 tkt gak sbb dgr nama mcm creepy jer..tp bila dh check in ok la gak..ada swimming pool lg tu..hihi..cuma tv je x tahan sbb style lama kena pusing2 kt tv klu nk alih channel..





pg tu after bekfes trs check out sbb plan nk amik bot plg awal ke pulau kapas..tp pikir2 balik better amik bot kol 11 sbb leh trs check in..so kami g jalan2 kt Taman Tamadun Islam..









ni kat jeti nk naik bot g pulau kapas...masa ni dah dup-dap-dup-dap tkt mabuk naik bot..hihihi




Nsb baik x mabuk sgt sbb sekejap jer..about 15 minutes only..kusyuk dok baca phamplet Pulau Kapas nie..




Mr Hubby tgh berurusan utk check in kat Kapas Island Resort..sgt berpuas hati dgn makanan yg sedap dn banyak..hihihi..





apa lg...trs g lepak kt pantai la..pasir dia sgt2 halus dan lembut mcm kapas..ptt la nama pulau ni pulau kapas..(promote lebih nmpk..blh jd duta pulau kapas nie...hihihi)..masa nie kami g kayak skali tp x smpt amik gmbr sbb excited sgt dok kayuh kayak tu smpi terbalik kayak tu..buat malu betol org tgk...






sunset at Pulau Kapas...







Malam after dinner g jalan2 lg kt tepi pantai..amik angin malam..








Time nie lak g snorkeling..saya ni penakut ngn air..so masa snorkeling tu kaki seriau2 rasa ngeri tkt terpijak batu karang..ntah apa2 ntah...




plg penting pakai sunblock dlu klu x mau jd org minyak...






poyos2 mcm pndai berenang sdgkan klu buka life jacket tu konpem saya tenggelam...hihihi






snorkeling ada 2 trip..10-12 then 3-5..tp kami g yg pagi jer sbb letih tertido dan takut kulit dah bertukar warna..hihi..so ptg tu g lepak2 lg tepi pantai smbil minum air teh ais...hihihi






last dinner..ada ayam dan ikar bakar..nyum..nyum...





pagi last tu after bekfes kidnap roti resort tu skit then lepak kt jeti bg ikan makan...sian ikan nie..lapo2 belaka...









sementara tg bot sampi snap gmbr bnyk2 dulu..









ni la bilik kami..resort yg comel lote..






ok..masa ni sbnrnya tgh mabuk laut...tp tahan je..cover sbb tkt kena kutuk...




then balik tu g jalan2 kt pasar payang shopping2..bnyk gak la habis..huhuhu..tp sgt puas hati..then g Losong beli keropok lekor..perkara wajib tu klu datang Terengganu...klu x, x lengkap perjalanan...then kol 11 mlm br smpi umah..letih sgt...

Srg ni ngah kumpul2 duit nk g bercuti lg...hujung thn nie ngn bulan 6 thn depan...mgkn jauh skit kot...hihiihih...kena kerja keras nie cr duit...ahhahaha